Harga emas sedikit menurun pada hari Jumaat dengan sentimen greenback masih tidak jelas menjelang laporan inflasi harga pengguna (CPI dan Core CPI) US pada malam ini.
Pasaran hadapan emas turun 41 sen atau -0.03% kepada $1,296.08 per auns pada jam 5.20 petang, namun masih menghampiri paras tertinggi dua minggu setengah yang lalu di paras $1,300.73 yang berjaya dicapai semalam.
Pada awal pasaran New York hari Khamis lalu, greenback melonjak selepas data tuntutan pengangguran oleh Jabatan Buruh US positif, dengan bacaan yang kurang daripada jangkaan sebanyak 243,000.
Dalam laporan yang berbeza, indeks harge pengeluar kekal dengan peningkatan 0.4%, manakala harga teras pengeluar (Core PPI) pula naik 0.4% melebihi jangkaan 0.2%.
Data tersebut dikeluarkan selepas minit mesyuarat FOMC semalam menunjukkan pegawai-pegawai Fed masih berbelah bahagi adakah inflasi yang lemah ini bersifat sementara atau akan berlarutan dalam tempoh yang lama.
Oleh itu, laporan-laporan inflasi sebelum mesyuarat FOMC seterusnya akan lebih diberi perhatian. Namun pembuat dasar masih yakin bahawa kadar faedah akan dinaikkan sekali lagi tahun ini.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain sedikit lemah pada petang ini, susut 0.03% kepada 92.91
Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar. Greenback yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.