Harga minyak dicatat melonjak pada Rabu selepas OPEC memberikan isyarat positif terhadap proses pembekuan bekalan dengan pengeluar yang lain bagi membendung lebihan bekalan yang menghantui pasaran ini sejak 2014 lagi.
WTI mentah didagang meningkat sebanyak 16 sen atau 0.3 peratus kepada $54.49 setong. Dalam masa yang sama, Brent mentah dicatat meningkat sebanyak 23 sen setelah menyentuh tahap tertinggi yang dicatat pada 2 Februari.
Menurut Ketua Strategi Pasaran di CMC Market, data mingguan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Amerika Syarikat terhadap stok simpanan terkini produk mentah dan petroleum akan menjadi kayu ukur terhadap pasaran ini.
Data ini dikeluarkan lewat sehari memandangkan AS bercuti pada Isnin sempena Hari Presiden.
Data yang dikeluarkan minggu lepas telah membantu pengukuhan komoditi itu minggu ini walaupun jumlah permintaan bagi produk bahan api agak goyah sejak akhir-akhir ini.
Setiausaha Agung OPEC, Mohammad Barkindo memberitahu pada Selasa bahawa data pada bulan Januari menunjukkan kadar pematuhan oleh negara yang menyertai perjanjian pembekuan bekalan tersebut mencecah kira-kira 90 peratus. Beliau juga optimis terhadap pengurangan bekalan yang akan dicapai tahun ini.
Namun begitu, Goldman Sachs turut menimbulkan kerisauan bahawa peningkatan aktiviti penggerudian di AS telah mengganggu proses pemulihan.
Kenyataan Kuroda Ini Memadamkan Spekulasi Yang Melanda Bank Pusat Jepun!