Kenyataan Kuroda Ini Memadamkan Spekulasi Yang Melanda Bank Pusat Jepun!

36

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda berkata pada Rabu peluang bank pusat untuk mengekalkan kadar faedah di paras negatif adalah tipis buat masa ini, sekali gus menyokong jangkaan bahawa tiada pelonggaran dasar tambahan yang akan digunakan buat masa terdekat.

Kuroda juga berkata, pertumbuhan ekonomi Jepun dinilai semakin meningkat disamping kadar inflasi yang berada pada landasan yang betul bagi mencapai sasaran sebanyak 2 peratus menjelang Mac 2019.

Namun begitu, Kuroda memberitahu parlimen bahawa Bank Pusat Jepun sedia menambah langkah rangsangan jika terdapat keperluan untuk mencapai sasaran inflasi tersebut.

Kuroda juga dalam masa yang sama menolak pandangan untuk BoJ menaikkan sasaran hasil walaupun kadar Jepun pada jangka panjang akan menjadi lebih tinggi kerana didorong oleh jangkaan kenaikan kadar yang mantap oleh Fed.

Menurut satu tinjauan Reuters, jangkaan langkah rangsangan tambahan merosot di Jepun, menandakan akan wujud titik perubahan yang berpotensi berlaku di Jepun.

BoJ telah merombak rangka kerja dasar pada September lalu kepada dasar yang lebih sesuai untuk jangka panjang selepas lebih tiga tahun langkah pembelian asset gagal mempercepatkan kenaikan inflasi kepada 2 peratus.

Dibawah rangka kerja semasa, bank pusat berjanji untuk meneliti kadar faedah jangka pendek pada paras 0.1 peratus dengan kadar hasil bon kerajaan sekitar 10 peratus.

Ini Yang Terjadi kepada Logam Kuning Apabila Semakin Menghampiri Mesyuarat FOMC!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat