Pasaran mata wang kripto terus berdepan tekanan jualan apabila Bitcoin merosot ke paras terendah sejak Ogos sekitar AS$62,000 pada hujung minggu, sebelum kembali pulih sedikit ke paras AS$65,000 pada Isnin.
Kejatuhan tersebut berlaku susulan gelombang liquidation besar-besaran dalam kalangan pedagang yang menggunakan leverage, selain pengukuhan dolar AS dan kelemahan sentimen terhadap aset berisiko.
Dalam masa sama, XRP turut bergelut untuk mengekalkan kedudukannya sekitar AS$0.90 selepas gagal melepasi paras psikologi AS$1.00. Beberapa model kecerdasan buatan (AI) pula memberi amaran bahawa token tersebut berpotensi menguji paras lebih rendah sekitar AS$0.85.
Gelombang Liquidation Tekan Bitcoin, Paras AS$60,000 Jadi Tumpuan
Bitcoin mencatatkan penurunan mingguan untuk enam minggu berturut-turut selepas menembusi paras sokongan teknikal sekitar AS$73,000, iaitu purata pergerakan 200 hari.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada AS$64,675 menyusut 0.23% sejak pembukaan sesi Asia pada Selasa.
Keadaan itu mencetuskan gelombang liquidation apabila lebih AS$165 juta kedudukan beli dilikuidasi pada Sabtu, menyusuli AS$629 juta pada Jumaat dan hampir AS$700 juta pada Khamis.
Tekanan jualan turut dipengaruhi pengukuhan dolar AS susulan data inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan, sekali gus meningkatkan spekulasi bahawa Fed mungkin mengekalkan dasar monetari ketat.
Dalam masa sama, kelemahan permintaan ETF dan kebimbangan terhadap sektor teknologi turut membebankan sentimen pasaran kripto.
Penganalisis Nansen, Nicolai Sondergaard, melihat zon AS$60,000 hingga AS$62,000 sebagai sokongan penting yang perlu dipertahankan.
Penembusan di bawah AS$60,000 boleh mencetuskan penurunan lebih lanjut, manakala pemulihan melepasi AS$73,000 berpotensi menjadi petunjuk awal bahawa tekanan jualan semakin reda.
XRP Berisiko Susut Ke AS$0.85 Susulan Tekanan Pasaran Kripto
XRP masih bergelut untuk melepasi paras AS$1.00 apabila didagangkan sekitar AS$0.9556 pada 16 November, susut 12.7% sepanjang minggu.
Ketika artikel ini ditulis, harga XRP didagangkan pada AS$0.9550 positif 0.05% sejak pembukaan sesi Asia pada Selasa.
Tiga model AI iaitu ChatGPT, Grok dan Gemini mengenal pasti zon AS$0.90 hingga AS$0.95 sebagai sokongan awal, dengan ChatGPT dan Gemini melihat AS$0.85 sebagai sasaran penurunan seterusnya jika tekanan jualan berterusan.
Kelemahan Bitcoin dan Ethereum turut membebankan sentimen pasaran kripto, sekali gus meningkatkan risiko penurunan XRP.
Jika paras AS$0.90 gagal dipertahankan, XRP berpotensi menguji kawasan AS$0.80 hingga AS$0.85, manakala senario lebih ekstrem ke AS$0.50 hingga AS$0.60 dianggap berkemungkinan rendah.
INTRADAY OUTLOOK
Bitcoin perlu mempertahankan zon AS$60,000 hingga AS$62,000 bagi mengelakkan tekanan jualan lebih besar, manakala pemulihan melepasi AS$73,000 boleh menjadi petunjuk awal perubahan sentimen.
Bagi XRP, paras AS$0.90 kekal sebagai sokongan utama. Penembusan di bawah kawasan tersebut berpotensi membawa harga menguji AS$0.85, khususnya jika Bitcoin terus mencatatkan kelemahan.
Nak tingkatkan ilmu trading dengan lebih tersusun?
Jom sertai INTRADAY Education di Telegram untuk dapatkan perkongsian pendidikan trading, info kelas dan bahan pembelajaran yang boleh bantu anda terus konsisten dan berjaya sebagai trader.
Tekan link di bawah dan join sekarang.
👉 JOIN CHANNEL INTRADAY EDUCATION: https://t.me/+rQtA4_qQXAI5MDE1





















































