Ini Yang Terjadi kepada Logam Kuning Apabila Semakin Menghampiri Mesyuarat FOMC!

39

Harga emas mula jatuh pada sesi Asia apabila Fed dijangka akan memberi gambaran mengenai kenaikan kadar pada Mac nanti.

Emas bagi penghantaran April di Comex New York Merchantile Exchange menyusut sebanyak 0.13 peratus kepada $1,237.25 satu troy ounce, manakala copper futures meningkat sebanyak 0.04 peratus selepas jatuh ke paras terendah pada $1,226.50.

Harga copper meningkat kepada lebih 40 peratus sejak Januari 2016 disebabkan kebimbangan mengenai gangguan bekalan oleh pengeluar utama komoditi ini di Chile dan Indonesia. Lombong Escondida di Chile milik BHP Biiliton menyaksikan mogok berterusan oleh pekerja di sana. Dalam masa yang sama, kesemua pengeluaran di lombong gergasi Freeport-McMoRan Indonesia telah dihentikan.

Semalam, emas telah melantun dari paras terendah, kemudian menjunam semula pada akibat tekanan oleh kenaikan US Dollar selepas dua pegawai Fed menyokong kenaikan kadar yang mungkin akan berlaku pada bulan Mac nanti.

Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker mengatakan pada Isnin bahawa beliau menyokong prospek kenaikan kadar pada Mac ini jika ekonomi bertambah kukuh.

Selain itu, Presiden Fed Celeveland, Loretta Mester juga memberitahu bahawa beliau “selesa” menyaksikan kenaikan kadar jika inflasi dinilai meningkat.

Emas amat sensitif terhadap pergerakan kadar kerana jika kadar dinaikkan, kos untuk memiliki emas akan bertambah kerana ia dinilai di dalam US Dollar.

Aussie Didagang Lebih Tinggi Selepas Data Upah dikeluarkan Positif!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat