KPJ Healthcare Bhd mencatat keuntungan bersih RM106.31 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026, meningkat daripada RM93.91 juta pada suku sama tahun lalu. Hasil naik 12% kepada RM1.24 bilion, berbanding RM1.11 bilion, disokong pertambahan kunjungan pesakit dan pembedahan serta campuran kes pesakit yang lebih baik.
Bagi sembilan bulan pertama, keuntungan bersih meningkat kepada RM279.88 juta daripada RM233.03 juta, manakala hasil naik kepada RM3.49 bilion daripada RM3.10 bilion. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KPJ berkata kumpulan itu kekal optimistik terhadap prospek bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.
Lembaga Pengarah meluluskan dividen interim satu peringkat sebanyak 1.20 sen sesaham, berjumlah RM53.1 juta. Dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 itu akan dibayar pada 24 Disember 2026.



















































