Aussie Didagang Lebih Tinggi Selepas Data Upah dikeluarkan Positif!

75

Aussie mula mengaut keuntungan pada Rabu setelah data upah dikeluarkan pada kadar yang agak baik dan meningkat seperti yang dijangka. Dalam masa yang sama, minit mesyuarat FOMC akan menjadi perhatian utama minggu ini bagi potensi kenaikan kadar pada bulan Mac.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama yang lain menyusut sebanyak 0.7 peratus kepada 101.28.

Dalam sesi ini juga, USD/JPY berubah sedikit kepada 113.48, manakala AUD/USD didagang meningkat sebanyak 0.25 peratus.

USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Di Australia, indeks upah meningkat, manakala harga rumah meningkat di China sebanyak 12.2 peratus pada bulan Januari yang lalu.

Semalam, US Dollar kembali merosot selepas laporan PMI terkini mendedahkan penurunan dalam sektor perkhidmatan.

Dollar sebelum itu, memulakan sesi yang agak kukuh dengan kenaikan lebih 0.5 peratus selepas komen dua pegawai Fed dikatakan menyokong prospek kenaikan kadar pada bulan Mac nanti.

Sementara itu, walaupun data pembuatan zon Euro dicatat positif, pergerakan matawang tersebut terus mencatatkan junaman gara-gara kebimbangan terhadap proses pilihanraya di Perancis.

EUR/USD, 30 minit

Rundingan Semula NAFTA Terus Dibayangi Dengan Dasar Trump!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat