Harga emas jatuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Jumaat namun kejatuhan harga terbatas kerana didukung risiko politik antara Iran dan Arab Saudi dan lawatan Trump di Asia.
Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.10% kepada $1,286.24 per auns setakat jam 12.20 petang.
Pada awal pagi Jumaat, harga emas meningkat ke paras tertinggi 3 minggu lalu berikutan terdapat kemungkinan bahawa Senat akan menangguhkan potongan cukai korporat sehinggan 2019.
Laporan Washington Post menunjukkan bahawa ketua Senat Republikan sedang menimbang penangguhan selama setahun implementasi pemotongan cukai korporat bagi mematuhi peraturan Senat.
Berdasarkan rangka pelan The House, cukai korporat akan dipotong dari 35% kepada 20%, tetapi Senat merencanakan untuk menangguhkan perlaksanaan tersebut sehingga 2019.
Sentimen penangguhan potongan cukai korporat menyebabkan pelabur memindahkan pelaburan mreka kepada logam berharga.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut 0.01% setakat jam 12.20 petang kepada 94.41.
Emas sensitif dengan perubahan greenback. Dolar yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.
Selain itu, yang turut mendorong peningkatan harga pada ketika itu ialah ketegangan politik yang berlaku di Timur Tengah selepas Arab Saudi mengumumkan bahawa rakyatnya sebaik-baiknya tidak ke Lebanon.