Harga minyak jatuh dalam pasaran Asia pada ari Selasa berikutan tumpuan pasaran pada laporan sasaran inventori mingguan minyak U.S dan data permintaan dan penawaran bulanan.
Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.11% kepada $56.73 setakat jam10.35 pagi. Harga semasa masih bergerak di atas paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.
Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar $63.09 setong iaitu jatuh sebanyak 0.08% setakat jam 10.35 pagi. Harga ini masih menghampiri bacaan harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.
Laporan mingguan inventori minyak mentah dan hasil sulingan dijangka akan dikeluarkan oleh American Petroleum Institute (API) pada hari Selasa
Inventori minyak U.S dijangka akan jatuh sebanyak 2.850 juta tong, begitu juga dengan minyak penyulingan yang dijangka mengalami kejatuhan sebanyak 1.775 juta tong. Invetori minyak gas pula disasarkan akan jatuh 1.025 juta tong.
Pada hari Isnin, harga minyak hampir mencapai paras tertinggi berikutan tumpuan pelabur terhadap kerosakan saluran pengeluaran minyak dan ketegangan politik di Timur Tengah.
Selain itu peningkatan harga minyak juga didorong oleh kenyataan OPEC yang akan menaikkan ramalannya terhadap permintaan minyak mentah untuk tahun 2018 dan mengatakan perjanjian pengurangan bekalan oleh pengeluar telah mengurangkan simpanan minyak yang berpotensi mengurangkan lagi bekalan minyak mentah tahun hadapan.
OPEC berkata dunia mungkin memerlukan 33.42 juta tong minyak mentah sehari tahun depan, bertambah 360,000 berbanding unjuran sebelum ini. Ini juga adalah kenaikan unjuran permintaan global keempat unjuran berturut-turut sejak Julai.
OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil.