Harga minyak kekal stabil pada hari Jumaat didorong oleh pemotongan pengeluaran minyak yang diketuai oleh OPEC dan Russia. Selain itu, turut mendorong menstabilkan harga minyak ialah, permintaan yang masih kukuh walaupun dihimpit dengan peningkat pengeluaran minyak syal U.S.
Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh daripada $57.80 kepada $57.05 pada awal pagi Jumaat iaitu kejatuhan sebanyak 0.26% setakat jam 10.30 pagi. Harga semasa kini bergerak di atas paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.
Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar $63.80 setong iaitu kekal stabil setakat jam 10.10 pagi dan mula menunjukkan penurunan sedikit. Harga ini masih menghampiri bacaan harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.
Menurut penganalisis yang mendorong peningkatan harga ke paras tertinggi 2 tahun lalu ialah disebabkan usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan.
Dalam masa yang sama, harga yang tinggi juga didorong oleh permintaan yang kukuh dalam pasaran minyak dan ketegangan politik yang semakin memuncak.
Goldman Sachs Bank U.S memberi amaran harga pasaran minyak mungkin menghadapi turun naik harga yang ketara berikutan ketegangan politik di timur tengah yang semakin memuncak terutamanya di Arab Saudi dan Iran. Ditambah pula dengan peningkatan pengeluara minyak U.S.
OPEC akan bermesyuarat di Vienna,Austria pada 30 November ini dan dijangka akan melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak.