Harga minyak terus mengukuh semalaman dalam pasaran Asia pada hari Jumaat dengan tumpuan pada data carigali.
Pasaran hadapan Brent di ICE meningkat sebanyak 0.31% kepada $60.81 setong setakat jam 02.10 petang. Paras ini menghampiri paras tertinggi 2 tahun lalu iaitu pada $61.41 setong. Harga minyak brent meningkat sebanyak 35% dari paras terendah Jun 2017.
Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sekitar $54.78 setong, meningkat sebanyak 0.44% setakat jam 02.10 petang. Namun masih menghampiri paras tertinggi sejak Februari lalu, dan meningkat 30% dari paras terendah Jun 2017.
Peningkatan ini didorong oleh usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan. Pasaran menjangkakan pasaran minyak dunia akan mula stabil.
Menurut menteri Tenaga Saudi Khalid Al-Fali, Arab Saudi masih meneruskan pengurangan pengeluaran minyak berikutan inventori yang semakin berkurangan pada bulan Oktober.
Selain dariapda peningkatan harga yang didorong kesungguhan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran, kenyataan Putera Mahkota Arab Saudi yang menyarankan lanjutan perjanjian pengurangan pengeluaran minyak turut menambahkan lagi peningkatan harga.
Pada bulan Mei, pengeluar OPEC telah bersetuju untuk melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak sehingga Mac dengan mengekalkan pemotongan sebanyak 1.2 juta tong.
Manakala U.S masih meneruskan peningkatan pengeluaran minyak mingguan sebanyak 46 000 tong kepada 9.55 juta tong pada minggu lepas. Berdasarkan laporan Energy Information Administration (EIA) eksport minyak U.S meningkat keapda 2.13 juta tong setiap hari. Namun inventori minyak U.S mencatat pengurangan sebanyak 2.4 juta tong bagi minggu yang berakhir 27 Oktober.
Pasaran memberi tumpuan pada laporan data carigali minyak U.S.