Harga minyak stabil pada awal pagi Rabu hari ini berikutan kejatuhan bekalan minyak US semalam walaupun pasaran masih terkesan dengan lebihan pengeluaran.
Minyak brent yang menjadi ukuran harga minyak antarabangsa susut 2 sen atau 0.04% kepada $50.95 setong setakat jam 9.28 pagi.
Harga minyak US West Texas Intermediate (WTI) berada pada $47.66, meningkat 11 sen atau 0.23%.
Penganalisa pelaburan dari Rivkin Sekuriti, William O’Loughlin bekata, ” Data bekalan minyak API bagi minggu lepas yang dilaporkan semalam menujukkan pengurangan yang besar sehingga 9.2 juta bekalan minyak, manakala gasolin meningkat sedikit. Pasaran melihat laporan ini sebagai sedikit menaik”.
Bekalan minyak turun diluar jangkaan walaupun penganalisis hanya meramalkan penyusutan sebanyak 3.1 juta tong. Laporan rasmi daripada Energy Information Administration (EIA) akan dikeluarkan pada malam ini
Kebanyakan penganalisa mengatakan pasaran minyak masih lagi ditekan, menghalang harga untuk naik lebih tinggi.
Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan non-OPEC telah berjanji untuk menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari di antara bulan Januari tahun ini hingga Mac 2018. Namun begitu, pengeluaran minyak mentah US meningkat sehingga 12% sejak pertengahan tahun 2016 kepada 9.24 juta tong sehari.
Fawad Razaqzada, penganalisa pasaran di Forex.com berkata,”Peningkatan aktiviti penggalian minyak baru-baru ini menunjukkan pengeluaran yang lebih banyak pada masa akan datang”.