Harga minyak menurun sedikit pada pasaran Asia pagi ini dengan fokus di berikan kepada perkiraan jumlah pelantar minyak terkini oleh Baker Hughes esok.
Di New York Mercantile Exchange (NYME), harga minyak mentah bagi bulan September menurun 0.30% setong kepada 49.45 setakat jam 10.30 pagi, manakala minyak brent di London Intercontinental Exchange pula susut 0.31% kepada $52.20
Perkiraan jumlah pelantar minyak antara penentu kepada pengeluaran minyak di US, dengan kedua-dua jumlah tersebut stabil, harga minyak masih berada menghampiri sekitar $50 setong.
Walapun pengurangan data bekalan minyak US semalam lebih sedikit daripada jangkaan, minyak mentah masih berjaya tutup pada paras tertinggi bagi hari Rabu
Hal ini di sebabkan oleh sokongan para pelabur terhadap data bekalan minyak secara keseluruhannya menurun lima minggu berturut-turut di samping aktiviti penapisan semakin meningkat.
Selain itu, harga pasaran turut terkesan dengan bekalan minyak dunia daripada OPEC yang semakin meningkat.
Menurut laporan dari Thomson Reuters Eikon, penghantaran minyak mentah oleh OPEC dan Rusia bagi bulan Julai tidak termasuk bekalan saluran paip telah mencecah paras tertinggi 2017 dengan jumlah 32 billion tong sehari meningkat daripada 30.5 billion tong pada bulan Januari.
Bank pelaburan Goldman Sachs US menyebut pada awal minggu ini, harga minyak kini berjaya stabil sekitar $50 setong.