Harga pengguna Jepun meningkat tujuh bulan berturut-turut selepas laporan semalam menunjukkan peningkatan bagi bulan Julai, manakala inflasi teras masih mengekalkan momentum ke atas, menunjukkan negara dengan ekonomi ketiga terbesar dunia ini telah kembali pulih.
Indeks harga pengguna (CPI) teras tidak termasuk makanan mentah merupakan proksi kepada inflasi teras meningkat 0.5% pada bulan Julai seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik Jepun hari ini. Bacaan tersebut sama seperti jangkaan median oleh pakar ekonomi dan telah meningkat selama tujuh bulan terturut-turut. Bagi CPI negara pula meningkat 0.4% sama seperti yang dijangkakan
Inflasi teras di Tokyo yang menjadi tanda aras utama trend harga dalam negara meningkat 0.4%, mankala harga teras di bandar-bandar besar pula meningkat 0.2% pada bulan Jun.
Indeks perumahan mendapat tekanan inflasi, namun masih lagi dalam lingkungan sasaran bank pusat Jepun (BoJ). Pembuat polisi sekali lagi menangguhkan tempoh untuk mereka mencapai sasaran inflasi 2%, menjadi petunjuk kepada jangkaan pelonggaran polisi akan kekal dibincangkan di masa hadapan.
Ekonomi di Jepun semakin meningkat, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang untuk enam suku tahunan berturut-turut, dengan suku tahunan kedua 2017 meningkat 1%, melepasi jangkaan 0.6%. Pada unjuran tahun ke tahun, ekonomi berkembang 4% berbanding jangkaan 2.5%.