Indeks harga pengguna (CPI) meningkat kepada paras 5 tahun tinggi pada bulan September pada hari ini.
Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan UK (ONS) kadar CPI meningkat sebanyak 3.0% berdasarkan kiraan tahunan pada bulan lepas berbanding peningkatan 2.9% pada bulan Ogos.
Bacaan peningkatan 3.0% sejajar dengan unjuran jangkaan dan merupakan bacaan tertinggi sejak musim luruh 2012.
Berdasarkan kiraan bulan, CPI meningkat sebanyak 0.3% pada bulan September, sejajar dengan bacaan anggaran, namun sedikit rendah berbanding bulan Ogos yang mencatat bacaan 0.6%.
Menurut ONS, faktor utama yang mendorong kenaikan CPI adalah disebabkan kenaikan harga makanan, barang rekreasi dan kenaikan harga pengangkutan.
CPI Teras (core CPI) yang tidak mengambil kira makanan,tenaga, alkohol dan tembakau juga meningkat sebanyak 2.7% pada bulan lepas sejajar dengan bacaan jangkaan dan bacaan pada bulan Ogos.
Indek harga runcit (RPI) meningkat 3.9% pada bulan September, tidak berubah dengan kenaikan pada bulan Ogos. Namun penganalisis menjangkakan kenaikan 4.0%.
Indek harga runcit (RPI) berdasarkan kiraan bulan meningkat hanya 0.1 % berbanding 0.7% pada bulan Ogos dan sedikit tersasar daripada bacaan jangkaan iaitu 0.3% kenaikan.
RPI Teras (core RPI) meningkat 4.1% setahun pada bulan September, tidak berubah berbanding bacaan bulan Ogos dan sedikit tersasar dari jangkaan yang mejangka kenaikan 4.2%.