US Dollar menjunam lebih rendah berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat walaupun pelabur terus meletakkan pertaruhan untuk kenaikan kadar dalam mesyuarat Fed bulan ini.
EUR/USD meningkat 0.19 peratus kepada 1.0526, kembali bangkit dari paras terendah dari sesi sebelum ini.
Us Dollar juga kekal mendapat sokongan selepas beberapa pegawai Fed minggu ini menyatakan sokongan terhadap kenaikan kadar pada bulan Mac.
Dalam masa yang sama, US Dollar juga dirangsang selepas Jabatan Buruh melaporkan jumlah tuntutan pengangguran awal yang menurun sebanyak 19,000 kepada 223,000 minggu ini berakhir 25 Februari.
Dalam sesi ini juga, pasaran mengenepikan laporan awal yang menunjukkan jualan runcit Jerman yang merosot sebanyak 0.8 peratus pada bulan Januari berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 0.2 peratus.
GBP/USD didagang hampir tidak berubah kepada 1.2267 selepas mencecah paras terendah dalam enam minggu pada Khamis manakala USD/JPY jatuh 0.23 peratus.
Terdahulu pada Jumaat, data rasmi menunjukkan bahawa indeks perbelanjaan isi rumah di Jepun meningkat pada kadar tahunan sebanyak 0.4 peratus sejajar dengan ramalan pasaran.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir didagang merosot sebanyak 0.13 peratus tidak jauh dari peras tertinggi yang dicatat pada Khamis.
Proses Penceraian Rasmi Dari Kesatuan Eropah Masih ‘On Track’ : Menteri Brexit