Harga emas menurun pada sesi Eropah hari ini, namun masih berada di paras tertinggi sejak 7-minggu yang lalu.
Selain daripada data NFP (non-farm payrolls) minggu ini, laporan-laporan pendapatan dan perbelanjaan juga menjadi tumpuan utama Federal Reserve untuk menilai kadar inflasi semasa negara.
Comex di New York Mercantile Exchange (NYME) menunjukkan emas pada Ogos susut 0.06% kepada $1266.25 setakat pukul 5 petang.
Harga emas telah meningkat sebanyak 1.1% dari minggu lepas menunjukkan jangkaan Federal Reserve menaikkan kadar faedahnya tahun ini semakin pudar. Tambahan pula, masalah terhadap politik semasa di sana sehingga menyebabkan indeks dolar US masih berada di paras 13 bulan terendah.
Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang melemah akan meningkatkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin murah untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.
Selain itu, tumpuan juga diberikan terhadap perkembangan politik di Korea Utara selepas mereka mengenakan ujian peluru berpandu Jumaat lepas dan menyatakan kemampuan senjata ini untuk menyerang Amerika.
Akibat daripada kenyataan tersebut, Amerika di lihat bertindak dengan menerbangkan dua kapal perang mereka sekitar Korea semalam.
Bacaan harga tembaga pula masih bergerak dalam julat tertinggi sejak dua tahun lepas. Kenaikan juga di sokong oleh perkembangan ekonomi China berdasarkan data indeks PMI yang di keluarkan pada sesi pasaran Asia pagi tadi.
China merupakan pengguna tembaga terbesar dunia mencapai sehingga 40% bekalan tembaga dunia. Sektor pembuatan dan pembinaan adalah perkara yang menggerakkan ekonomi mereka.