Harga minyak menjunam semula pada Rabu apabila kebimbangan terhadap pembekuan bekalan kembali menguasai pasaran komoditi ini.
Brent mentah diniagakan pada $55.80 setong, menyusut sebanyak 17 sen daripada sesi sebelum ini.
Sementara itu, WTI Mentah menurun 20 sen kepada $53 setong.
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain termasuk Russia sebelum ini bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama tahun 2017.
Buat masa ini, kadar pematuhan berada pada paras 92.8 peratus dengan penurunan pengeluaran kira-kira 1.08 juta tong sehari daripada sebelum ini.
Namun begitu, pasaran secara keseluruhan masih mendapat bekalan yang mencukupi walaupun OPEC telah mengurangkan jumlah bekalan.
Kenaikan hampir 6.5 peratus pengeluaran minyak di AS sejak pertengahan 2016 juga sedikit sebanyak mengganggu proses pembekuan bekalan ini.
Harga minyak mentah biasanya mempunyai hubungan songsang dengan US Dollar. Sebarang penguatan US Dollar akan memberi tekanan buat logam hitam kerana ia menjadikan pembelian bahan api menjadi lebih mahal dan berpotensi mengurangkan permintaan.
Isyarat Yang Lebih Jelas Dari Yellen Membenarkan US Dollar Naik Mendadak Sejak Semalam