Forex
Matawang yen mengukuh dalam pasaran Asia
U.S dolar mengukuh sedikit sebanyak 0.01% kepada 112.10 berbanding yen, manakala AUD menyusut sebanyak 0.07% kepada 0.7569 berbanding U.S dolar.
Matawang Euro menyusut sebanyak 0.39% kepada 1.1745. GBP/USD juga menyusut sebanyak 0.10% kepada 1.3199 setakat 09.55 pagi.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain mengukuh sebanyak 0.25% kepada 93.84 setakat 09.55 pagi.
Pengukuhan Yen didorong oleh satu faktor utama sebelum ia menyusut sedikit berbanding US dolar :
- Imbangan perdagangan pada bulan Oktober menunjukkan lebihan sebanyak ¥25 billion. Eksport meningkat 14.8%, manakala import meningkat 18.9%.
Penyusutan Euro dalam sesi dagangan Asia didorong oleh faktor berikut.
- Ucapan Angela Merkel pada hari ini bahawa beliau membuat kenyataan akan berjumpa presiden Jerman dan menyatakan bahawa beliau telah gagal untuk menyatukan kerajaan antara parti Geen dan pro-business Free Democrats (FDP).
Penyusutan AUD dan NZD adalah disebabkan hutang kerajaan kedua-dua negara negara tersebut semakin besar dan mampu mempengaruhi perdagangan.
Tumpuan pasaran kini pada minit mesyuarat The FED dan data tempahan barangan durable.
Minyak
Harga minyak jatuh dalam pasaran Asia pada hari ini.
Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.16% kepada $56.63 setakat 09.55 pagi. Harga semasa kini melepasi paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.
Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.32% kepada $62.53 setong setakat 09.55 pagi. Harga kini tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.
Kejatuhan harga disebabkan beberapa faktor :
- Pedagang mengurangkan pelaburan dalam pasaran hadapan kerana kekuatiran terhadap pasaran.
- OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil. Pelanjutan pemotongan pengeluaran minyak itu masih menjadi tanda tanya.
Pada ketika ini tumpuan pasaran tertumpu pada perjanjian OPEC dan non-OPEC
Emas
Harga emas jatuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Isnin.
Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.35% kepada $1,291.95 per auns setakat jam 09.55 pagi.
- Kejatuhan harga emas disebabkan pengukuhan US dolar dalam pasaran Asia.
Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.
Setakat ini, format terbaru akan menggabungkan forex, minyak dan emas dalam satu tulisan.