Harga minyak jatuh dalam sesi dagangan Eropah berikutan import minyak mentah daripada China jatuh ke paras terendah dalam tempoh 1 tahun. Namun pedagang berpendapat harga minyak masih kekal stabil kerana didukung oleh perjanjian pengurangan pengeluaran yang diketuai oleh OPEC.
Pedagang juaga memberi tumpuan pada ketegangan politik di Timur Tengah terutamanya di Arab Saudi dan Iran.
Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh 0.26% setakat ini ke paras $57.05 setong. Harga semasa kini bergerak menghampiri paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.
Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar $63.72 setong iaitu meningkat sebanyak 0.05% setakat jam 5.55 petang. Harga ini menghampiri bacaan haraga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.
Pengimportan minyak mentah China pada bulan Oktober jatuh dengan banyak daripada 9 juta tong setiap hari pada bulan September kepada 7.3 juta setiap hari. Angka ini merupakan angka terendah sejak Oktober 2016, walaupun import meningkat 7.8% pada tahun lepas.
Secara keseluruhan pasaran minyak masih lagi stabil, didukung oleh usaha OPEC dan Rusia untuk mengurangkan pengeluaran minyak.
Pada ketika ini para pelabur dan pedagang memberi tumpuan pada risiko geopolitik yang berkemungkinan memberi kesan pada pasaran minyak.