Penurunan US Dollar hari ini langsung tidak membantu pengukuhan logam kuning apabila hanya dinilai meningkat sebanyak 0.02 peratus.
US Dollar menyusut sejurus selepas pasaran kerja AS mencatat prestasi yang membimbangkan apabila pasaran tersebut hanya menambah sebanyak 153,000 pekerjaan bulan lepas. dalam tempoh sekarang, Amerika Syarikat masih kekurangan kira-kira 1 juta pekerja sebelum Great Recession bermula pada tahun 2008. Pertumbuhan pekerjaan dalam era pentadbiran Obama juga tidak menunjukkan angka yang begitu membanggakan apabila banyak pekerjaan yang diwujudkan sewaktu era beliau hanya bersifat kontrak mahupun semenrtara.
US Dollar menyembah bumi berbanding Yen dan Euro semalam selepas data pengangguran AS gagal membantu kenaikan matawang US Dollar. Bertambah buruk apabila kenaikan mendadak Yuan telah memberi kesan negatif kepada matawang gergasi.
Kenaikan overnight borrowing costs di Hong Kong dan peningkatan yang tidak dijangka terhadap sektor perkhidmatan China telah membantu meletakkan Yuan di landasan terbaik. Hal ini juga sekali gus menjadikan kenaikan terbesar selama dua hari sejak matawang tersebut memasuki pasaran forex pada tahun 2010.
PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!