Harga minyak mentah global jatuh lagi selama tiga hari berturut pada Jumaat, berikutan sentimen-sentimen negatif yang terus menyelubungi pasaran komoditi ini.
Tempoh dagangan 6 hingga 10 Oktober juga merupakan minggu yang paling mendukacitakan apabila pasaran ini merekodkan kejatuhan mingguan yang terbesar sejak lima bulan lepas yang disebabkan kebimbangan kepada lebihan bekalan (oversupply) minyak mentah dunia.
Antara sentimen yang menyumbang kepada kejatuhan pasaran ini adalah peningkatan bekalan yang begitu besar dari AS pada minggu yang lalu yang ditunjukkan oleh data API dan EIA, data jumlah pelantar minyak oleh Baker Hughes, dan yang terbaru komen oleh Arab Saudi.
The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di AS melaporkan inventori minyak mentah meningkat sebanyak 8.20 juta tong pada minggu berakhir 03 Mac berbanding 1.50 juta tong yang dicatatkan sebelum ini. Jumlah inventori kini berada 7.7% melebihi stok tahun lalu di paras 528.4 juta yang juga paras tertinggi dalam sejarah setakat ini.
Semalam Baker Hughes melaporkan penambahan lapan pelantar di AS yang kini membawa kepada 617 pelantar di AS dan data kali ini menunjukkan peningkatan lapan minggu berturut-turut.
Yang terbaru dalam mesyuarat yang diadakan oleh Arab Saudi bersama pengeluar minyak AS, di mana komen dari Menteri Tenaga Arab Saudi dan ahli OPEC yang tidak akan melanjutkan pemotongan bekalan disebabkan peningkatan bekalan oleh pengeluar-pengeluar minyak mentah Amerika Syarikat.
Arab Saudi mengatakan tidak akan memikul beban dengan melanjutkan pemotongan hanya sekadar untuk mengimbangi jumlah keluaran dari AS. Arab Saudi juga tidak akan bertanggungjawab jika harga minyak mentah global menjunam sekali lagi seperti yang berlaku dalam tempoh 2014-2016.