Sejak krisis ekonomi global 2008, U.S menghadapi waktu yang sukar untuk memulihkan dan membaiki ekonomi mereka. Hal ini menyebabkan beberapa pakar ekonomi khuatir jika berlaku lagi krisis, fed kemungkinan akan menghadapi waktu yang sukar untuk menurunkan kadar faedah.
Berdasarkan laporan CNBC, yang membawa mereka kepada kesimpulan tersebut adalah faktor demografi. Pakar ekonomi Fed San Francisco berpendapat populasi yang semakin berumur (aging population) yang di hadapi oleh U.S berkemungkinan akan mennghambat perlaksanaan monetari polisi yang longgar iaitu pengurangan kadar faedah.
Populasi yang semakin berumur dan mempunyai jangka hayat yang panjang, secara asas mereka akan memberi reaksi dengan dengan meningkatkan simpanan. Kesannya, institusi kewangan tidak perlu membayar kadar faedah yang tinggi terhadap simpanan disebabkan peningkatan aliran kewangan dalam simpanan.
Dalam masa yang sama, penurunan produktiviti telah menyebabkan GDP semakin mengecil dan mengekalkan kadar faedah pada paras yang rendah.
Persoalan yang ditimbulkan, apakah paras neutral rate iaitu tanda aras untuk menentukan rangsangan atau menghadkan pertumbuhan ekonomi. Ramai dalam kalangan pegawai Fed, mempercayai bahawa paras neutral rate menghampiri kosong.
Langkah praktikal, Fed harus menetapkan tanda aras kadar dana persekutuan (FFR), dimana ketika ini berada antara 1 – 1.25 peratus hampir menyamai kadar inflasi. Inflasi yang lemah pada paras 1.4%, berdasarkan kiraan yang dianjurkan Fed, kadar inflasi tersebut tidak memberi begitu banyak ruang kepada bank pusat untuk mengedalikan ekonomi dengan baik. Namun Fed yakin bahawa inflasi akan meningkat kepada 2% dalam jangka masa panjang, sedikit rendah dari kadar jangkaan FFR.
Pakar ekonomi Fed San Francisco berhujah, pada krisis ekonomi global, bank menetapkan kadar faedah menghampiri kosong dalam tempoh 7 tahun. Tindakan ini telah menyebabkan kadar faedah terhadap hutang rumah dan hutang lain berada pada paras rendah lantas merangsang ekonomi.
Namun, keadaan demografi pada ketika ini berkemungkinan tidak akan memberi reaksi yang sama pada masa hadapan.