Dollar Australia merosot berbanding matawang gergasi pada Khamis selepas pengumuman data Australia yang agak mengecewakan. Dalam masa yang sama, matawang Kiwi mula bergerak lebih tinggi selepas minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
AUD/USD merosot 0.09 peratus kepada 0.7694.
Biro Statistik Australia melaporkan bahawa data perbelanjaan modal swatsa jatuh berbanding jangkaan penganalisis.
Dalam sesi ini juga, NZD/USD meningkat sebanyak 0.19 peratus kepada paras tertinggi sejak 20 Februari.
Minit mesyuarat Fed sebelum ini menyaksikan prospek yang agak cerah terhadap peningkatan kadar yang dijangka akan dinaikkan tidak lama lagi.
Namun begitu, minit mesyuarat tersebut juga mendedahkan ketidaktentuan dasar ekonomi Trump yang berpotensi mengehadkan keuntungan US Dollar.
Dalam sesi ini, US Dollar Index yang mengukur kekuatan US dollar dinilai stabil pada 101.72.
Pelaburan Perniagaan Australia Dilapor Menjunam Buat Suku Keempat Berturut-Turut!