Pelaburan Perniagaan Australia Dilapor Menjunam Buat Suku Keempat Berturut-Turut!

43

Pelaburan perniagaan Australia dilaporkan menjunam buat suku keempat berturut-turut apabila sektor perlombongan semakin merosot. Namun begitu, sektor lain dikatakan menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan.

Biro Perangkaan Australia melaporkan nilai pelaburan menyusut sebanyak 2.1 peratus pada suku keempat kepada A$ 17.6 Billion ($21.18 Billion) berbanding jangkaan penganalisis yang meramalkan penurunan sebanyak 1 peratus pada Khamis.

Penurunan ini dikatakan berpunca daripada sektor perlombongan di mana perbelanjaan jatuh lebih 9 peratus, walaupun pelaburan baru meningkat sebanyak 3.1 peratus.

Data akan datang iaitu perbelanjaan peralatan, loji, dan jentera dijangka akan dikeluarkan positif

Australia dijangka akan mengumumkan data pertumbuhan dengan jangkaan pengembangan sebanyak 0.6 peratus kepada 0.7 peratus pada suku yang lepas.

Walaupun ekonomi Australia bertahan dari krisis kemelesetan dalam tempoh 25 tahun, data non-mining masih belum menunjukkan sebarang pemulihan.

Minggu ini, Presiden RBA, Philip Lowe dijangka akan menyampaikan ucapan bagi sebarang isyarat  terkini terhadap ekonomi Australia.

Logam Kuning Langsung Tidak Menghiraukan Suara Positif dari Mesyuarat FOMC!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat