Logam Kuning Langsung Tidak Menghiraukan Suara Positif dari Mesyuarat FOMC!

64

Harga emas terus mengaut keuntungan sambil mengetepikan isyarat positif dari Fed mengenai kenaikan kadar yang dijangka lebih awal.

Emas bagi penghantaran April di bahagian Comex New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.32 peratus kepada $1,237.15. Dalam sesi Asia ini juga silver didagang meningkat sehingga 0.18 peratus kepada $17.983 satu troy ounce. Sesi ini juga menyaksikan copper menyusut sebanyak 0.26 peratus kepada $2.729 sepound.

Semalam, emas seakan hanyut apabila US Dollar mendapat momentum menaik apabila minit mensyuarat FOMC dijangka akan mengumumkan prospek kenaikan kadar tidak lama lagi.

Dalam mesyuarat tersebut, jawatankuasa FOMC melaporkan tahap keyakinan perniagaan yang lebih tinggi dan  merupakan kali pertama sejak Trump mengambil alih pentadbiran Amerika Syarikat secara rasmi. Mereka juga meramalkan pertumbuhan ekonomi akan semakin berkembang dengan cadangan dasar Trump.

Menurut ringkasan mesyuarat, kebanyakan jawatankuasa menyatakan pandangan bahawa ia mungkin sesuai untuk meningkatkan kadar dana persekutuan tidak lama lagi jika data pekerjaan dan inflasi meningkat lebih kuat selaras dengan jangkaan semasa.

Logam kuning dikatakan amat sensitif dengan pergerakan kadar kerana pengukuhan US Dollar bakal meningkatkan kos untuk membeli logam tersebut.

Pasaran Komoditi Hitam Ada Kejutan Buat Semua Trader Minyak Mentah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat