Antara sebab pengukuhan mendadak US dolar pukul 8.30 malam tadi adalah disebabkan oleh komen hawkish Patrick Harker iaitu pengerusi Fed Philadelphia.
Harker memberi komentar bahawa beliau positif akan ada lagi satu kenaikan kadar faedah pada tahun ini dan tiga kenaikan kadar faedah pada tahun depan.
” Tahun hadapan akan ada lagi 3 kenaikan kadar faedah namun tergantung bagaimana keadaan ekonomi ketika itu.” ujar Harker.
Selain itu, antara ahli The Fed yang berucap pada Khamis adalah Fed Williams dan Fed Powell.
Penambahan lebih banyak peraturan dan pengawalan bukanlah solusi terbaik bagi pasaran kewangan dan agensi kerajaan mestilah mengambil langkah-langkah yang sesuai, kata salah seorang ahli The Fed berpengaruh Jerome Powell.
Pengawalan memerlukan bank untuk memegang lebih banyak aset kecairan berkualiti tinggi agar bank dapat memenuhi kecairan yang dikhendaki oleh Fed.
Tidak dinafikan bahawa pengawalan mempunyai peranan yang penting akan tetapi haruslah diambil kira impaknya terhadap pasaran kerana yang penting adalah pendekatan yang lebih seimbang. Justeru dengan lebih banyak pengawalan, bukanlah solusi terbaik bagi setiap masalah.
Powell tidak memberi apa-apa komentar terhadap polisi monetari dalam ucapannya.