Harga minyak bercampur dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu, harga minyak mentah WTI terus jatuh sejak semalam berikutan kenyataan International Energy Agency (IEA) menyatakan kesangsian terhadap kenyataan bahawa pasaran minyak semakin mengetat.
Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 1.15% kepada $55.06 setakat jam 9.55 pagi. Harga semasa kini bergerak di bawah paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.
Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar $61.48 setong iaitu naik sebanyak 0.08% setakat jam 9.55 pagi. Harga kini sedikit tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.
Harga minyak Brent kini sudah jatuh sebanyak 5% pada hari Selasa dan Rabu sejak mencapai paras tertinggi tahun 2015.
Menurut ANZ Bank, harga minyak mentah jatuh menjunam selepas IEA menyatakan kesangsian terhadap laporan pasaran minyak pada tahun 2018.
Pada hari Selasa IEA mengurangkan sasaran pertumbuhan permintaan sebanyak 100,000 tong setiap hari pada tahun ini dan tahun akan datang. Bacaan jangkaan tersebut tersebut menjadi 1.5 juta tong pada tahun 2017 dan 1.3 juta tong pada tahun 2018.
Kenyataan IEA berbeza dengan Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) yang menyatakan bahawa pasaran minyak akan menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dalam permintaan.
Pengeluaran minyak U.S meningkat sebanyak 14% sejak pertengahan 2016 kepada 9.62 juta tong. Data rasmi laporan minyak oleh Energy Information Administration (EIA) akan dikeluarkan pada hari Rabu.
Menurut pelabur, laporan IEA akan memberi tekanan pada OPEC untuk mengetatkan pengeluaran.
OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil.