Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:
1) Presiden Trump dijangka akan menandatangani arahan eksekutif hari ini yang akan memerangi perubahan iklim. Trump akan membatalkan arahan Obama sebelum ini dan satu lagi, menyediakan ketenteraan jika ada implikasi keselamatan. Perhatian pelabur akan terus terarah kepada perancangan potongan cukai Trump, tetapi keraguan semakin meningkat selepas Trump gagal dalam polisi kesihatan pada Jumaat.
2) Esok Perdana Menteri Theresa May akan memulakan proses dua tahun rundingan bersama Kesatuan Eropah berikutan keluarnya Britain dari blok tersebut. Kebimbangan pasaran adalah kapasiti Britain merundingkan perjanjian ini jika berakhir dengan kegagalan.
3) Indeks Perindustrian Dow Jones ditutup rendah, jatuh lapan hari berturut-turut pada Isnin. Menurut Bespoke Investment Group, ini adalah yang pertama sekali Dow Jones jatuh lapan hari berturut-turut sejak Ogos 2011. Semalaman indeks Asia Pasifik MSCI naik 0.7%, manakala Indeks Topix di Jepun naik 1.3% berikutan US dolar menguat berbanding Yen.
4) Bagi yang selalu mendapatkan berita terkini dari The Fed, Janet Yellen akan berucap tengah hari esok pada Rabu di mana beliau akan memperkatakan tentang pembangunan pasaran pekerjaan. Begitu juga, Esther George, Kaplan, dan Powell akan berucap selepas itu. Malam ini data keyakinan pengguna akan dikeluarkan pukul 10 malam.
5) Kementerian Kewangan Jerman bimbang ‘hard Brexit’ akan mencetuskan pergolakan terhadap pasaran kewangan. Handelsblatt Daily melaporkan satu analisis risiko yang dijalankan ke atas Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa jika Britain dan EU tidak memuktamadkan satu perjanjian perdagangan bebas, ia akan menambah risiko kepada kestabilan pasaran kewangan.