Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:
1) Nilai matawang GBP (Great Britain Pound) melonjak selepas Perdana Menteri Theresa May mengesahkan untuk menjalankan pilihanraya umum pada 8 Jun. Walaubagaimanapun, pasaran UK akan berhadapan dengan volatility yang semakin meningkat dalam kesemua aset pelaburan dalam nilai Sterling. Terdapat juga spekulasi di mana May akan mengubah pendiriannya dalam rundingan Brexit jika beliau mendapat mandat yang baru dalam pilihanraya 8 Jun nanti.
2) Perkembangan yang agak mengecewakan di Wallstreet di mana Goldman Sach melaporkan keuntungan $5.15 setiap unit saham dengan pendapatan $8 billion pada suku pertama 2017. Ia di bawah jangkaan penganalisis dengan $5.33 sesaham dan pendapatan $8.32 billion. Manakala Bank of America dengan $0.41 sesaham dan pendapatan $22.2 billion.
3) Harga minyak mentah global naik sedikit dalam sesi Rabu dengan pelabur sedang menunggu data inventori yang akan dikeluarkan pada malam ini. Pedagang berpendapat, harga disokong oleh komen Setiausaha OPEC di mana mereka komited untuk mengembalikan kestabilan dalam pasaran ini.
4) Pasaran saham bercampur-campur dengan Nikkei 225 bergerak stabil dan hampir tidak berubah hari ini. Shanghai konposit pula jatuh 0.8 peratus. Pasaran saham Eropah pula mendapat sedikit pemulihan dalam pembukaan sesi Rabu dengan risiko politik terus menjadi perhatian.
5) Potensi kenaikan kadar The Fed kembali ke paras 44 peratus dari 60 peratus sebelum ini berdasarkan anggaran yang dibuat oleh Bloomberg. Ketika ini para pelabur mempersoalkan kekuatan ekonomi US dan juga perancangan The Fed untuk menaikkan kadar sebanyak tiga pada 2017 selepas data pekerjaan yang agak lemah bulan lalu dan juga data inflasi minggu lepas.