Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:
1. US Dolar meneruskan pengukuhan pada Selasa berikutan risiko geopolitik yang semakin reda berbanding Isnin. Sentimen pasaran semakin baik apabila Korea Utara pada Selasa mengatakan mereka akan menangguhkan keputusan untuk menyerang Guam dan akan terus memerhatikan segala tindakan Amerika Syarikat.
2. Harga minyak mentah dunia stabil selepas jatuh ke paras terendah tiga minggu lalu. Kejatuhan harga adalah berikutan pengukuhan US dolar dan kebimbangan terhadap lambakan bekalan di pasaran. Selain itu, pasaran ini juga bimbang dengan permintaan yang semakin perlahan dari China yang merupakan pengguna kedua terbesar dunia.
3. Ekonomi Jerman perlahan pada suku kedua 2017 apabila hanya merekod pertumbuhan (GDP) 0.6% berbanding jangkaan pasaran 0.7%. Dari segi tahunan, GDP berkembang 0.8% kurang dari jangkaan 1.9%. Walaubagaimanapun, Jerman merekod tambahan pekerjaan lebih banyak pada suku kedua berbanding tahun lalu.
4. Matawang GBP jatuh menjunam sehingga ke paras terendah lima minggu lalu selepas laporan data harga pengguna (CPI) UK yang dikeluarkan pukul 4.30 petang tadi. CPI naik 2.6% pada Julai berbanding jangkaan 2.7%, di mana harga teras (Core-CPI) pula kekal dengan data tahun ke tahun tidak berubah di paras 2.4% berbanding jangkaan 2.5%.
5. Pasaran saham global meneruskan kenaikan pada Selasa selepas merekod keuntungan pada Isnin. Pasaran Eropah hari ini dibuka lebih tinggi selepas indeks di Wallstreet merekod kenaikan mendadak pada Isnin dengan S&P500 naik 1.00%, Dow Jones naik 0.62% dan Nasdaq naik 1.34%.