Penyelia Tertinggi Bank Pusat Eropah menyatakan pada hari ini bahawa beberapa bank di Zon Euro mungkin perlu menghentikan operasi jika institusi berkenaan tidak berdaya saing.
Daniele Nouy juga memberitahu jawatankuasa Parlimen Eropah bahawa, selain penutupan bank-bank, penyatuan institusi juga boleh diambil sebagai salah satu cara untuk menyelamatkan bank-bank tersebut.
Dalam masa yang sama, beliau juga menggesa penggubal undang-undang ECB agar memberikan budi bicara atau lebih bertolak ansur. Hal ini terutamanya ketika membuat keputusan terhadap jumlah modal yang mesti dikekalkan oleh bank-bank berkenaan untuk terus bertahan.