Dollar Australia Akur Dengan Kekuatan Matawang Greenback!

145

Dollar Australia menyusut lebih rendah berbanding matawang gergasi pada Khamis walaupun terdapat sentimen yang tidak menentu terhadap US dollar. Dalam masa yang sama, Dollar New Zealand dinilai stabil sebaik sahaja RBNZ melaporkan kadar faedah kekal tidak berubah.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.25 peratus kepada 0.7657.

Walau bagaimanapun, kerugian Dollar Australia kekal terhad berbanding US Dollar yang berada di bawah tekanan besar menjelang undi utama terhadap rang undang-undang penjagaan kesihatan di bawah pentadbiran Trump.

Kebanyakan trader dikatakan resah menanti keupayaan Trump dalam mengumpul sokongan yang cukup kuat sebelum menggantikan undang-undang Obamacare yang merupakan salah satu janji beliau yang terkandung di dalam kempen.

US Dollar menjunam sebelum ini gara-gara komen dovish daripada Fed terhadap jangkaan kenaikan kadar selanjutnya pada tahun ini.

Disamping itu, Presiden Fed Chicago, Charles Evans mengatakan bahawa Fed sedang berada di landasan yang betul untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur selepas mengambil keputusan bagi menaikkan kadar minggu lepas.

NZD/USD meningkat sebanyak 0.09 peratus.

Dalam pada itu, RBNZ mengekalkan kadar pada penanda aras 1.75 peratus sejajar dengan jangkaan awal pasaran.

Bank pusat berkenaan juga mengatakan bahawa dasar kemungkinan dikekalkan sehingga pertengahan 2018.

Pasaran global juga dikejutkan dengan serangan di London yang berlangsung pada Rabu (London). Setakat ini, 5 orang termasuk seorang polis disahkan terbunuh dalam serangan terbabit.

‘London Attack’ Tidak Akan Sesekali Mengubah Rancangan Britain : Theresa May

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat