Harga minyak mentah AS dicatat tinggi dalam sesi Asia pada hari Isnin di samping pasaran kewangan yang masih ditutup sempena cuti Tahun Baru.
Minyak mentah bagi penghantaran Februari di New York Merchantile Exchnage meningkat sebanyak 0.24 peratus kepada $53.90 setong.
Dalam masa yang sama, penanda aras global iaitu Brent mentah kali terakhir dinilai pada $56.74 setong.
Pasaran juga sedang menilai sejauh mana negara OPEC dan non-OPEC akan mematuhi perjanjian untuk memotong hampir 1.8 juta tong bekalan minyak mentah sehari bermula Tahun Baru. Satu mesyuarat juga akan diadakan di Kuwait akhir bulan ini bagi menilai pematuhan perjanjian tersebut.
Ulasan Kalendar Ekonomi Bagi Minggu Terakhir Bagi Tahun 2016!