Harga emas jatuh ke paras terendah dalam tempoh melebihi 2 minggu pada hari Rabu berikutan ahli daripada parti Republik lebih condong kepada John Taylor sebagai calon pengganti pengerusi The Fed.
Ahli Senat Republik mengutarakan pandangan mereka kepada Presiden Donald Trump semasa majlis makan tengah hari pada hari Selasa yang diadakan oleh Trump bagi mendapatkan pandangan mereka.
Berdasarkan sumber dipercayai, ahli Senat Republik berpendapat mereka lebih condong kepada Jerome Powell (gabenor Fed) dan John Taylor (pakar ekonomi Universiti Standford) sebagai calon pengganti pengerusi The Fed. Namun pendapat majoriti lebih condong kepada Taylor.
Taylor dilihat sebagai individu yang lebih hawkish daripada Janet Yellen.
Menurut kenyataan Presiden Donald Trump pada hari Isnin, beliau sudah hampir membuat keputusan, siapakah yang bakal menggantikan kerusi pengerusi Fed selepas menemuduga 5 calon tersebut.
Hal ini telah mendorong peningkatan 10 tahun-hasil bon U.S keparas tertinggi sejak Mac. Peningkatan ini telah mendorong kepada penguatan U.S dolar.
Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX susut 0.29% kepada $1274.65 per auns setakat jam 4.30 p.m
Selain itu, faktor lain yang turut menyebabkan kejatuhan harga emas ialah pengukuhan pasaran saham U.S yang menyebabkan permintaan terhadap logam berharga berkurangan.