Harga emas meningkat pada sesi Asia hari Khamis dengan pasaran di Hong Kong, Korea Selatan dan China tutup berikutan cuti umum.
Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik 0.13% kepada $1,278.42 per auns pada jam 3.14 petang,
Semalam emas kekal dengan perubahan harga yang kecil selepas dolar ditekan dengan laporan bahawa pengerusi baru Fed yang dovish akan mengambil alih jawatan tersebut tahun depan, menyukarkan jangkaan kenaikan kadar faedah di masa hadapan.
Penurunan emas terhalang selepas laporan daripada Politico melaporkan setiausaha perbendaharaan US, Steven Mnuchin lebih memihak kepada Gabenor Fed, Jerome Powell berbanding bekas Gabenor, Kevin Warsh sebagai pengerusi Fed yang baru, menggantikan Yellen tahun depan.
Powell dilihat sebagai kurang hawkish berbanding Warsh kerana pernah mengkritik pembelian bon oleh Fed suatu ketika dahulu.
Emas sensitif dengan perubahan greenback. USD yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.
Semalam harga emas jatuh semula selepas data ISM perkhidmatan US meningkat melebihi jangkaan, mengukuhkan semula dolar pada akhir pasaran lalu. Selain itu pengerusi Fed, Janet Yellen turut dijadualkan berucap pada 3.15PM ET hari Rabu (atau 3.15 pagi waktu Malaysia). Namun Yellen tidak mengeluarkan sebarang ulasan mengenai pandangan ekonomi atau kadar faedah. Emas tutup pada harga 1,276.85, naik 0.18% pada sesi New York hari Rabu.