Minyak Mentah AS meningkat pada hari Jumaat selepas pasaran mencatat penurunan tiga sesi berturut-turut. Namun begitu, harga komoditi ini kekal tidak berubah pada bulan Februari dan menunjukkan kadar pematuhan yang agak lemah.
WTI mentah naik sebanyak 10 sen kepada $52.71 setong selepas jatuh ke peras terendah sejak 9 Februari. Dalam masa yang sama, Brent mentah masih belum memulakan sesi dagangan selepas jatuh kira-kira 2.3 peratus pada Khamis.
Pengeluaran minyak mentah di Russia tidak berubah dari bulan Januari dengan pengeluaran sebanyak 11.11 juta tong sehari. Data Kementerian Tenaga menunjukkan bahawa potongan bekalan kekal pada paras 100,000 tong sehari atau hanya satu pertiga dari tahap yang telah dijanjikan oleh Russia sebelum ini di bawah perjanjian dengan OPEC.
Tekanan tambahan turut dirasai oleh pasaran ini gara-gara pengukuhan matawang US Dollar.
Menurut ANZ Bank dalam satu kenyataan, minyak mentah jatuh ke paras terendah dalam tempoh tiga minggu berikutan pengukuhan US Dollar. Hal ini juga disebabkan oleh inventori minyak mentah yang menunjukkan peningkatan di AS.
Data rasmi dari Amerika Syarikat menunjukkan bahawa inventori minyak mentah meningkat bagi minggu kelapan berturut-turut kepada rekod 520.2 juta tong minggu lalu.
Harga minyak bagaimanapun kekal stabil kerana dibantu oleh perjanjian OPEC yang telah bersetuju untuk mengurangkan bekalan minyak mentah sejak November lagi.
Minggu Yang Menggembirakan Untuk US Dollar Dengan Keuntungan Hampir 1 Peratus!