Matawang U.S dolar menguat berbanding matawang yen dan euro pada sesi Asia hari ini berikutan peningkatan hasil bon U.S. Peningkatan ini disebabkan laporan yang menyatakan Presiden Donald Trump dilihat lebih mendukung calon yang dianggap hawkish sebagai pengganti Janet Yellen.
Hasil bon melonjak naik kembali dari paras 2 minggu rendah pada hari Isnin berikutan Presiden Trump yang lebih mendukung pakar ekonomi Standford, John Taylor sebagai pengganti pengerusi Fed yang dilihat lebih hawkish dari Janet Yellen.
Menurut Junichi Ishikawa, pakar strategi Forex IG Securities “Dolar U.S berada dalam tekanan disebabkan hasil bon yang menyusut pada minggu lepas. Namun, hasil bon mula melonjak naik kembali berikutan saham Wall Street yang semakin kukuh. Selain itu, data U.S yang bagus dan laporan Trump yang mendukung Taylor turut menghentikan penurunan hasil bon.”
Lajut Ishikawa, pada ketika ini, pergerakan matawang euro dilihat akan menentukan tempoh pengukuhan dolar U.S. Hal disebabkan Bank Pusat Eropah dilihat kurang hawkish pada masa ini, berbeza dengan jangkaan pasaran pada bulan lepas, lantas menyebabkan hasil bon Jerman berkurangan dan mendukung pengukuhan dolar berbanding euro.
Matawang U.S dolar menguat 0.05% berbanding yen, USD/JPY pada bacaan 112.24. Manakala Euro menyusut berbanding U.S dolar sebanyak 0.1% pada paras $1.1787 selepas menyusut 0.25% semalam.
Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain meningkat 0.11% kepada 93.24 pada jam 10.00 a.m.