Harga emas meningkat dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis berikutan perdebatan tentang hala tuju inflasi pada masa akan datang dan kesangsian terhadap pelan reformasi cukai.
Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik sebanyak 0.07% kepada $1,278.64 per auns setakat jam 11.55 pagi.
Semalaman harga emas jatuh akibat pengukuhan U.S dolar. Pengukuhan ini didorong oleh pertumbuhan ekonomi suku tahun keempat yang masih kukuh dan jangkaan pelabur bahawa The Fed akan meningkatkan kadar faedah buat kali ketiga pada bulan Disember.
Data inflasi dan jualan runcit yang meningkat melebihi jangkaan mendorong pengkuhan U.S dolar menyebabkan harga emas jatuh.
Jabatan Buruh Amerika Syarikat pada hari Rabu mengumumkan bacaan Indeks Harga Pengguna (CPI, consumer price index) naik 0.1% bulan lalu selepas merekod kenaikan 0.5% bulan sebelum itu. Bagi bacaan tahunan (y/y), CPI turun kepada 2.0% dari 2.2% pada September.
Jualan runcit meningkat 0.2% pada bulan lepas berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan 0.1%.
Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas