Forex
Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang utama pada hari Khamis.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam mengukuh sebanyak 0.05% kepada 92.99 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Khamis setakat jam 04.05 p.m.
Matawang US dolar memberi sedikit reaksi selepas dewan rakyat memberi kelulusan pelan reformasi cukai terbesar dalam tempoh 30 tahun pada hari Rabu.
Pelabur kini memberi tumpuan pada pertumbuhan ekonomi US pada suku tahun ketiga dan data laporan akitviti pembuatan dan tuntunan pengangguran.
Matawang Euro mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.01% pada bacaan 1.1873. GBP/USD juga menyusut sebanyak 0.12% kepada 1.3359 setakat jam 04.05 p.m.
Minyak
Harga minyak kekal stabil atau mengukuh pada hari Khamis dalam sesi dagangan Eropah.
Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.12% kepada $58.16 setakat jam 04.05 p.m.
Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.15% kepada $64.66 setong setakat jam 04.05 p.m.
Kenaikan harga minyak didorong kejatuhan inventori minyak mentah US.
Berdasarkan laporan Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah US jatuh sebanyak 6.5 juta bagi minggu berakhir 15 Disember.
Inventori minyak mentah jatuh keparas 436 juta tong, paras terendah sejak Oktober 2017.
Emas
Harga emas mencatat kejatuhan dalam sesi dagangan Eropah berikutan pengukuhan US dolar.
Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.10% pada hari Khamis kepada $1,268.30 setakat jam 04.05 p.m.