Forex
Matawang U.S dolar didagangkan rendah berbanding matawang yen dalam pembukaan pasaran Asia pada hari Rabu.
US dolar mencatat bacaan 112.38 berbanding yen dalam sesi dagangan Asia dengan penyusutan sebanyak 0.21% . AUD juga mencatat penyusutan sebanyak 0.30% kepada 0.7585 berbanding US dolar. Matawang GBP juga mencatat penyusutan sebanyak 0.10% kepada 1.3429 setakat jam 10.45 a.m.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang menyusut sedikit 0.01% kepada 93.26 dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu setakat jam 10.45 a.m.
Penyusutan Aussie disebabkan kejatuhan GDP pada suku tahun ketiga lebih lemah berbanding jangkaan dan suku tahun sebelumnya.
- GDP Australia suku tahun ketiga meningkat 0.6% berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan 0.7%. Berdasarkan kiraan tahun GDP mencatat peningkatan 2.8% berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan pertumbuhan 3.0% (y-o-y)
- Yonhap melaporkan jet pengembom US B1 berputar di ruang angkasa Korea Utara pada hari Rabu sebagai latihan ketenteraan. Hal ini memberi kesan kepada matawang US dolar.
Minyak
Harga minyak meneruskan kejatuhan pada hari Rabu.
Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.42% kepada $57.38 setakat jam 10.45 a.m.
Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.10% kepada $62.60 setong setakat jam 10.45 a.m.
- Kejatuhan ini disebabkan inventori minyak penyulingan di US meningkat, menyebabkan pasaran menafsirkan bahawa permintaan sedang melemah.
- Selain itu ia juga didorong oleh laporan American Petroleum Institute (API) pada awal pagi ini, yang menunjukkan inventori minyak gasoline meningkat sebanyak 9.2 juta tong bagi minggu yang berakhir 1 Disember dan inventori minyak suling naik sebanyak 4.3 juta tong.
Emas
Harga emas naik pada hari Rabu dalam sesi dagagnan Asia berikutan peningkatan risiko politik di UK dan US.
Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.31% pada Rabu kepada $1,268.80 setakat jam 10.45 a.m.