Forex
Matawang dolar Australia menyusut, manakala matawang New Zealand mengukuh berbanding US dolar pada hari Rabu dalam sesi dagangan Eropah.
AUD mencatat penyustan sebanyak 0.38% kepada 0.7579 berbanding US dolar. Matawang NZD juga mencatat pengukuhan sebanyak 0.32% kepada 0.689 setakat jam 4.40 p.m.
Penyusutan AUD didorong oleh faktor berikut :
- Pertumbuhan ekonomi Australia bertumbuh dengan kadar perlahan berbanding jangkaan bagi suku tahun ketiga.
- Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Australia (ABS) gross domestic product (gdp) negara tersebut mencatat pertumbuhan 0.6% pada suku tahun ketiga. Namun bacaan ini sedikit rendah berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan sebanyak 0.7% dan lebih rendah daripada pertumbuhan suku tahun kedua yang mencatat bacaan 0.9%.
- Pengukuhan NZD/USD pula dibantu oleh pemulihan data indeks GDT. Indeks ini meningkat 0.4% iaitu kenaikan pertama sejak 19 September.
Minyak
Harga minyak bercampur pada hari Rabu dalam sesi dagangan Eropah.
Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.16% kepada $57.53 setakat jam 4.40 p.m.
Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik kepada $62.89 setong setakat jam 4.40 p.m.
- Kejatuhan ini disebabkan inventori minyak penyulingan di US meningkat, menyebabkan pasaran menafsirkan bahawa permintaan sedang melemah.
- Selain itu ia juga didorong oleh laporan American Petroleum Institute (API) pada awal pagi ini, yang menunjukkan inventori minyak gasoline meningkat sebanyak 9.2 juta tong bagi minggu yang berakhir 1 Disember dan inventori minyak suling naik sebanyak 4.3 juta tong.
Emas
Harga emas meningkat namun berada di paras terendah 6 minggu lalu berikutan tumpuan pelabur pada kemajuan pelan reformasi cukai Trump.
Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.46% pada Rabu kepada $1,279.80 setakat jam 4.40 p.m.