Presiden Trump dijadualkan akan bertemu dengan Perdana Menteri UK Theresa May pada Jumaat di Washington. Ini adalah pertemuan pertama Trump dengan pemimpin negara lain sejak menngangkat sumpah sebagai Presiden Jumaat lalu. Ia dijangka membawa kesan yang signifikan kepada ekonomi dan sentimen global.
Tumpuan utama dalam pertemuan ini sudah tentu kepada perdagangan dua hala antara kedua pemimpin ini, dengan UK sedang mencari peluang perdagangan bebas bersama negara-negara lain selain EU.
UK sebelum ini mahu memeterai perjanjian baru bersama pasaran tunggal, di mana EU memberi amaran bahawa perjanjian tidak boleh dimeterai selagi UK belum keluar secara rasmi dari blok tersebut. Hal ini disebabkan ia adalah bertentangan dengan undang-undang Kesatuan Eropah.
Komen positif dari pentadbiran US akan memberi keyakinan kepada ekonomi UK dalam jangka panjang, walaupun sebarang perjanjian mungkin memakan masa yang lama untuk dimeterai.
Komen Trump terhadap polisi perdagangan antarabangsa akan menjadi fokus utama, untuk menjadi isyarat kepada jangkaan ekonomi global di masa hadapan. Beri tumpuan kepada nada ucapan atau komen beliau tentang perkara ini.
Perdana Menteri Theresa May telah berikrar untuk membawa peluang perdagangan dengan perjanjian yang akan dibuat, manakala Trump sebagai ‘protectionist‘ bagi ekonomi US. Dalam pertemuan ini kita akan mendapat isyarat yang lebih jelas tentang pendirian ‘protectionism‘ Presiden US ini.
Sejak awal minggu ini, pasaran masih belum mendapat isyarat jelas polisi percukaian dan rangsangan fiskal Trump. Pasaran masih mengharapkan ada komen tentang polisi penting ini, dan sebarang komen positif tentang perkara ini sudah pasti akan melonjakkan lagi pasaran saham US dan begitu juga US dolar.