US Dollar melonjak dalam sesi Asia berikutan spekulasi mengenai kenaikan kadar yang semakin menyokong kekuatan matawang Greenback.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai melonjak sehingga 0.40 peratus kepada 101.74. Dalam sesi ini juga, AUD/USD merosot sebanyak 0.39 peratus kepada 0.7646 manakala USD/JPY meningkat sehingga 0.33 peratus. Di Jepun, Data pembuatan PMI Nikkei merekodkan peningkatan kepada 49.2.
Di Australia, jumlah kelulusan pelan bangunan bagi bulan Januari meningkat sebanyak 1.8 peratus berbanding penurunan sebanyak 0.4 peratus. Selain itu, data imbangan perdagangan pula mengecil dengan ketara kepada A$1.302 Billion.
Semalam, US Dollar diniagakan tinggi berbanding matawang utama pada Rabu kerana komen agresif oleh beberapa orang pegawai Fed mengenai prospek kenaikan kadar pada bulan Mac telah menghantar US Dollar ke paras yang lebih tinggi.
Di tempat lain, GBP/USD menurun sebanyak 0.51 peratus selepas Indeks pembelian pembuatan PMI menjunam kepada 54.6 pada bulan Januari.
Bank Negara Malaysia: Kadar Tukaran & Rizab Antarabangsa Januari 2017