Ekonomi Jepun berkembang 2x lebih pantas daripada jangkaan penganalisis pada suku tahun ketiga berikutan peningkatan yang tinggi dalam perbelanjaan modal dan pertumbuhan eksport.
Perbelanjaan modal merupakan salah satu komponen gross domestic product (gdp) yang mencatat pertumbuhan sebanyak 1.1% berbanding suku tahun sebelumnya. Penganalisis hanya sekadar mensasarkan pertumbuhan pada 0.4%.
Ekonomi Jepun telah berkembang 2.5% setahun pada suku tahun ketiga, lebih tinggi berbanding sasaran penganalisis yang mensasarkan pertumbuhan sebanyak 1.5% setahun.
Upah Benar pada bulan Oktober meningkat buat pertama kali pada tahun ini. Pasaran menjangkakan perbelanjaan pengguna akan meningkat.
Pakar ekonomi, Norio Miyagawa mengatakan ekonomi Jepun sedang berkembang dengan, cuma pertumbuhan atas 2% dilihat sedikit pantas.
Beliau menjangkakan eksport dan perbelanjaan modal akan menjadi pendorong utama bagi pertumbuhan ekonomi pada tahun hadapan, akan tetapi ekonomi hanya bertumbuh sekitar 1%.
Ekonomi Jepun telah berkembang 7 suku berturut-turut dan banyak pakar ekonomi menjangka pertumbuhan ekonomi akan terust bertumbuh berikutan peningkatan perbelanjaan pengguna dan eksport.