Lanjutan program pembelian aset oleh bank pusat Eropah (ECB) dilihat lebih memberi faedah apabila pasaran dalam keadaan tenang, kata ketua ekonom ECB, Peter Praet seminggu sebelum ECB akan mengumumkan keputusan untuk melanjutkan atau mula mengurangkan pembelian bon.
“Kita perlu membincang lebih lanjut tentang butiran protfolio pelaburan semula, dan mungkin akan dijalankan dalam tempoh masa yang terdekat”, ucap beliau dalam persidangan di New York semalam.
“Dalam keadaan pasaran yang normal, pelabur akan lebih bersabar atau dalam erti kata lain dapat memberi penelitian yang lebih terhadap ransangan yang akan berlaku jika pelan pembelian ini diteruskan dalam satu tempoh yang lebih lama,” tambah beliau dengan nada hampir seperti komennya sebelum ini.
Ketika berbicara mengenai keperluan untuk meneruskan ransangan terhadap ekonomi, Praet turut menjelaskan bahawa ECB perlu kekalkan jarak yang sesuai supaya inflasi dapat kembali kepada sasaran.
“Sementara pemulihan euro terus mengukuh dan bertahan, ekonomi masih lagi tidak mencapai progress yang mencukupi untuk membuat sebarang perubahan supaya paras inflasi selari dengan sasaran bank pusat”