Sterling jatuh ke paras terendah pada hari Isnin selepas data menunjukkan kejatuhan di dalam sektor pembuatan di UK pada bulan lepas berikutan kenaikan inflasi telah melembabkan permintaan pengguna.
GBP/USD merosot sebanyak 0.38 peratus kepada 1.2500.
Syarikat kewangan Markit melaporkan bahawa indeks pembelian perkilangan menjunam kepada 54.2 pada bulan Mac berbanding bulan Februari. Penganalisis juga sebelum ini meramalkan bacaan pada paras 55.1.
Pertumbuhan yang perlahan pada bulan lalu mencerminkan permintaan pengguna berada pada tahap yang sederhana.
Menurut penganalisis ekonomi kanan di Markit, kos yang meningkat disamping pertumbuhan upah yang lemah telah mengurangkan kuasa membeli dalam kalangan pengguna.
Dalam sesi ini juga, Pound dicatat lebih rendah berbanding Euro dengan EUR/GBP meningkat sebanyak 0.52 peratus kepada 0.8532.
US Dollar pula kekal dalam dagangan sederhana apabila pasaran kekal menilai komen dovish daripada beberapa pegawai fed minggu lepas.
US Dollar index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai hampir tidak berubah pada 100.37.
Pada Jumaat lepas, Presiden Fed New York, William Dudley mengatakan bahawa bank pusat tidak akan tergesa-gesa untuk mengetatkan dasar monetari pada tahun ini.
Secara berasingan, Presiden Fed St Luois, James Bullard dan Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari berkata pada Jumaat menjangkakan kenaikan kadar hanya akan dibuat pada akhir tahun disamping kekal membuat tinjauan berhati-hati keatas ekonomi.