Harga emas menjunam sedikit dalam sesi Asia pada Rabu apabila pasaran semakin berhati-hati menjelang butiran rancangan cukai AS yang dijangka akan diumumkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump lewat hari ini. Pengumuman tersebut juga dijangka bakal menjadi titik tolak terhadap potensi kenaikan kadar yang selanjutnya sekiranya mendapat kelulusan daripada Kongres.
Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex New York Merchantile Exchange menyusut sebanyak 0.12 peratus kepada $1,265.75 satu troy ounce, manakala niaga copper menjunam sebanyak 0.35 peratus sepound.
Semalam, harga emas meningkat lebih rendah pada hari Selasa walaupun matawang Greenback mencatat terjunan apabila pelabur terus memihak kepada asset yang lebih berisiko bagi hari kedua berturut-turut.
Emas juga mencatat junaman ke paras terendah dalam tempoh dua minggu apabila risiko sentimen terus mendominasi aliran asset apabila pusingan pertama pilihanraya Perancis sebelum ini memberi kemenangan mudah kepada calon pro-EU, Emmanuel Macron.
Sementara itu komoditi berharga gagal memanfaatkan kejatuhan US Dollar selepas US Dollar Index jatuh buat hari kedua berturut-turut selepas mendapat tekanan gara-gara peningkatan mendadak matawang euro.
Pengumuman data AS yang direkod bercampur-campur juga gagal untuk membendung kejatuhan harga emas, khususnya selepas data keyakinan pengguna mencatatkan kemerosotan pada bulan April.
Emas merupakan komoditi yang agak sensitif dengan pergerakan kadar Amerika Syarikat kerana kenaikan kadar mampu melonjakkan kos untuk memiliki emas memandangkan komoditi ini dinilai di dalam US Dollar.