Pasaran saham Asia naik sedikit tinggi pada Isnin dalam permulaan sesi dagangan minggu ini di mana pasaran saham Eropah dibuka bercampur-campur pada pukul 3 petang tadi.
Indeks MSCI Asia Pasifik yang mengira keseluruhan prestasi pasaran saham Asia kecuali Jepun naik 0.2 peratus setakat pukul 2.31 pm.
Kaunter-kaunter besar di China yang didagangkan dalam indeks Komposit Shanghai naik 0.58%. Di Hong Kong indeks Hang Seng naik 0.52 peratus.
Pasaran kedua terbesar di Asia iaitu Jepun merosot dengan Nikkei 225 susut 0.74%. ASX200 di Australia merosot sehingga 0.61% dalam penutupan pasaran sebentar tadi, manakala KOSPI di Korea Selatan naik sedikit 0.06%.
Walaupun saham-saham Asia Pasifik sedikit mengalami kerugian, tetapi sentimen masih lagi kukuh, kata Jim McCafferty, ketua kajian ekuiti di Nomura.
“Tiga minggu pertama Julai dilihat sebagai prestasi yang kukuh,” kata McCafferty. “Kita hanya baru tiga minggu masuk ke separuh kedua tahun 2017 dan pelabur-pelabur seakan suka kepada pasaran Asia Pasifik.”
Pada Jumaat, prestasi saham global berakhir dengan keuntungan selama 10 hari berturut-turut , susut daripada paras tertinggi yang dicatat dalam sesi sebelum itu.
Indeks di Wallstreet mengakhiri Jumaat dengan 0.15% lebih rendah ditekan oleh laporan pendapatan yang mengecewakan oleh General Electric (GE) dan kaunter-kaunter tenaga.