Regulator pasaran Forex di China pada Isnin mengatakan bahawa mereka akan mengukuhkan pengawasan pasaran tukaran matawang pada tahun ini dengan memperbaiki transparensi polisi dan meningkatkan lagi keterbukaan pasaran kewangan.
Pihak berkuasa China sebelum ini telah mengambil langkah-langkah yang patut untuk mengurangkan aliran modal ke luar dari China bagi menyokong kelemahan matawang Yuan dan dalam masa yang sama cuba untuk menarik pelabur masuk ke China.
Ketua Pentadbiran Forex (SAFE), Pan Gonsheng mengatakan bahawa pasaran matawang di China adalah stabil dan aliran modal global semakin seimbang.
SAFE baru-baru ini telah menyelesaikan isu yang berkaitan penyelewengan dalam pasaran forex China yang melibatkan institusi perbankan di Selatan China dengan jumlah dana 50 billion Yuan. Terdapat juga kes yang diselesaikan mereka iaitu pemalsuan dokumen dan juga perjanjian perdagangan yang palsu untuk membuat transaksi forex ke luar negara.
Rizab matawang asing China dijangka akan jatuh di bawah US$ 3 Trillion pada Januari yang merupakan kali pertama sejak enam tahun lepas.
Tetapi kejatuhan pada Januari itu adalah yang terendah sejak tujuh bulan lalu yang menunjukkan pembaharuan oleh China dala regulasi pasaran dilihat membuahkan hasil pada masa ini.